Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

LAWATAN PEMERIKSAAN DAN PRA PENYERAHAN KERJA KONTRAKTOR PROJEK PENCAHAYAAN PINTAR DAN JIMAT TENAGA DAERAH DUNGUN

14 Julai 2026
LAWATAN PEMERIKSAAN DAN PRA PENYERAHAN KERJA KONTRAKTOR PROJEK PENCAHAYAAN PINTAR DAN JIMAT TENAGA DAERAH DUNGUN

AL MUKTAFI BILLAH SHAH — Sebanyak 34 unit lampu jalan solar baharu siap dipasang di tiga zon utama dalam Wilayah KETENGAH, Daerah Dungun, menerusi Projek Kerja-Kerja Pencahayaan Pintar dan Jimat Tenaga yang kini memasuki peringkat pra-penyerahan.


Pemasangan tersebut merangkumi Zon Ketengah Jaya sebanyak 15 unit di sekitar Bandar Ketengah Jaya dan Kg. Durian Mentangau, Zon Bandar Al Muktafi Billah Shah sebanyak 11 unit di sekitar bandar berkenaan, serta Zon Bukit Besi sebanyak 8 unit meliputi Kg. Minda, Kg. Lubuk Panjang dan Bandar Bukit Besi.


Lawatan pemeriksaan dan pra-penyerahan kerja diadakan pada 14 Julai bagi memastikan setiap kerja pemasangan menepati spesifikasi serta standard kualiti yang ditetapkan sebelum projek diserahkan sepenuhnya.


Projek ini merangkumi kawasan bandar utama dan kampung-kampung tradisi dalam Wilayah KETENGAH, sekali gus meluaskan liputan pencahayaan awam kepada kawasan penempatan yang lebih luas.


Pemasangan lampu jalan solar ini memberi keselesaan dan meningkatkan tahap keselamatan penduduk pada waktu malam, di samping menyokong inisiatif infrastruktur pintar dan penggunaan tenaga jimat di Wilayah KETENGAH.


KETENGAH kekal komited memperkukuh kemudahan asas dan infrastruktur wilayah bagi menjamin kesejahteraan penduduk secara berterusan.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
361
Bulan Ini
17,296
Jumlah
3,962,176

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.