Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

BENGKEL PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PUSAT KOMUNITI DESA (PKD) NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026

14 Julai 2026
BENGKEL PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PUSAT KOMUNITI DESA (PKD) NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026

14 Julai 2026 – Seramai 29 Pengurus Pusat Komuniti Desa telah menghadiri Bengkel Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pusat Komuniti Desa (PKD) Negeri Terengganu Tahun 2026 yang berlangsung di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun, Terengganu.


Bengkel ini bertujuan untuk menyelaras pelaksanaan dan pemantauan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Program Pemerkasaan PKD Tahun 2026, di samping memperkukuh kefahaman para Pengurus PKD mengenai hala tuju, sasaran serta kaedah pelaksanaan program di peringkat komuniti. Bengkel ini turut menjadi platform bagi membincangkan pelaporan prestasi, penyelarasan takwim program serta inisiatif baharu dalam memperkasakan peranan PKD sebagai pusat pembangunan komuniti desa.


Dalam bengkel ini juga, turut diadakan Taklimat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang memberi penerangan mengenai perlembagaan penubuhan Kelab Pusat Komuniti Desa (PKD). Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pendaftar, Cawangan Pengurusan Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Terengganu Encik Haifizul Hafiz bin Abdul Halim.


Majlis telah disempurnakan dengan Perasmian Penutup oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BPTMK), KETENGAH, Encik Hazroll Eizwal bin Jasni. Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang bengkel berlangsung. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atas perkongsian ilmu dan kerjasama dalam memperkukuh tadbir urus serta pemerkasaan Pusat Komuniti Desa Negeri Terengganu.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
361
Bulan Ini
17,296
Jumlah
3,962,176

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.