Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH dan KPFB Meterai Memorandum Kerjasama Strategik

2 Ogos 2025
KETENGAH dan KPFB Meterai Memorandum Kerjasama Strategik

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB) hari ini memeterai satu Memorandum Kerjasama yang menyaksikan jalinan strategik dalam pelbagai sektor.


Majlis menandatangani memorandum tersebut berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Pengerusi KETENGAH, YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar dan Pengerusi KPFB, YBhg. Dato’ Haji Sabari bin Misran.


Kerjasama ini merangkumi bidang perladangan, pengilangan dan perkilangan, penternakan, akuakultur, serta pertanian asas tani yang dijangka mampu merangsang pertumbuhan ekonomi desa secara menyeluruh. Inisiatif ini juga merupakan antara usaha berterusan untuk memperkasa komuniti luar bandar melalui jaringan antara agensi pembangunan dan entiti koperasi.


Dalam majlis yang sama, YB Datuk Hajah Rubiah turut melancarkan platform digital i-Mesra, satu inisiatif teknologi untuk mempertingkatkan kesejahteraan penduduk luar bandar melalui akses perkhidmatan digital.


Turut mencuri tumpuan adalah penganugerahan Malaysia Book of Records (MBOR) kepada penganjuran Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) 2025, yang diiktiraf sebagai pameran keusahawanan terbesar di negara ini. MK3D merupakan gabungan tiga acara utama iaitu Karnival Usahawan Desa (KUD), Sambutan Hari Peneroka FELDA (HPF), dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI).


Pengiktirafan ini menjadi bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan desa dan sebagai pemacu ekonomi komuniti setempat ke arah Desaku Mendunia.


YB Datuk Hajah Rubiah turut dibawa meninjau reruai jualan usahawan KETENGAH sambil diiringi oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.