Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM BAYANUL ‘ILM WILAYAH KETENGAH SIRI 3

10 Disember 2025
PROGRAM BAYANUL ‘ILM WILAYAH KETENGAH SIRI 3

Program Bayanul ‘Ilm Wilayah KETENGAH Siri Ke-3 telah berlangsung di Masjid Kampung Sungai Binjai, Hulu Terengganu. Program kali ini mengetengahkan tajuk ceramah “Pemerkasaan Iman dan Akhlak”dengan matlamat memperkukuh kefahaman agama serta membina akhlak mulia dalam kalangan masyarakat setempat.


Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti sesi Bayanul ‘Ilm yang berlangsung dari jam 7.30 malam hingga 9.05 malam, dan seterusnya diakhiri dengan solat Isyak berjemaah. Turut hadir ialah Encik Mohd Hafiz bin Ahmad, Pengurus Zon Bebas dan Encik Adnan bin Awang Sulong, Pengurus Pemantauan dan Kawal Selia Anak Syarikat.

KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak masjid, para pegawai yang terlibat, serta seluruh komuniti yang hadir menjayakan program ini. Semoga penganjuran majlis ilmu seperti ini terus menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan bersatu padu

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.