Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH Cakna Keselamatan Awam

10 Disember 2025
KETENGAH Cakna Keselamatan Awam

Selaras dengan usaha memastikan tahap keselamatan awam berada pada tahap optimum menghadapi Monsun Timur Laut, pihak KETENGAH telah melaksanakan aktiviti pemangkasan pokok-pokok secara berkala di beberapa lokasi strategik yang berpotensi terdedah kepada risiko.


Program ini merupakan sebahagian daripada langkah mitigasi bagi meminimumkan impak kejadian cuaca ekstrem, khususnya berkaitan pokok tumbang yang boleh menyebabkan gangguan perkhidmatan, kerosakan harta benda, serta risiko kecederaan kepada orang awam di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Aktiviti pemangkasan dilaksanakan oleh pasukan Unit Kuasa Tempatan secara berperingkat agar tidak menjejaskan operasi harian.


Pihak KETENGAH berharap agar pelaksanaan aktiviti pemangkasan pokok ini dapat meningkatkan tahap keselamatan awam serta meminimumkan risiko kejadian tidak diingini. Diharapkan agar usaha ini turut memberi keyakinan kepada penduduk setempat bahawa langkah pencegahan dan mitigasi sentiasa diutamakan demi kesejahteraan komuniti.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.