logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM SEPAKAT KORBAN BERSAMA KOMUNITI KETENGAH SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2025M/1446H

KETENGAH dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan Jawatankuasa Masjid Kampung Delong, Dungun telah melaksanakan Program Sepakat Korban Bersama Komuniti KETENGAH sempena Hari Raya Aidiladha 2025M/1446H.

⁠Program telah diadakan di Masjid Kampung Delong, Dungun pada 8 Jun 2025 (Ahad) bersamaan 11 Zulhijah 1446H.

⁠Sebanyak 6 ekor lembu telah disediakan untuk penyertaan Ibadah Korban, sumbangan kepada asnaf dan penduduk setempat serta penyediaan untuk Jamuan Kenduri Sekampung. YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH bersama pengurusan, pegawai dan kakitangan telah bersama-sama hadir memeriahkan lagi program yang diadakan.

⁠Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan Program Sepakat Korban Bersama Komuniti KETENGAH sempena Hari Raya Aidiladha 2025M/1446H.

Semoga segala amalan dan pengorbanan semua diterima dan dilimpahi keberkatan Allah SWT.