Kontinjen KETENGAH berkekuatan seramai 42 orang kakitangan telah mengambil bahagian dalam perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Terengganu pagi tadi.
Megah berbusana baju kebangsaan berwarna biru dengan elemen batik, melambangkan semangat patriotik, identiti kebangsaan, dan keunikan warisan budaya Malaysia. Rekaan ini bukan sahaja menonjolkan keharmonian warna dan corak tradisional, malah mencerminkan dedikasi peserta dalam menampilkan imej KETENGAH sebagai salah satu Badan Berkanun Persekutuan yang membangunkan kawasan pedalaman Negeri Terengganu.
Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat) KETENGAH hadir mewakili Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa memberikan tabik hormat kepada Kontinjen KETENGAH.
MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan dan kesejahteraan sosial.
Malaysia MADANI menekankan keseimbangan antara kemajuan ekonomi & rohani, tadbir urus berintegriti dan perpaduan masyarakat.
Tema “Rakyat Disantuni” pula menegaskan bahawa kebajikan rakyat sentiasa jadi keutamaan.
Selamat menyambut bulan perayaan kita, bulan Kebangsaan, bulan kemerdekaan ke-68 tahun.