Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

MAJLIS MAKAN MALAM PENGURUSAN KETENGAH BERSAMA PESERTA PERARAKAN DAN PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

30 Ogos 2025
MAJLIS MAKAN MALAM PENGURUSAN KETENGAH BERSAMA PESERTA PERARAKAN DAN PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Bagi meraikan komitmen dan semangat peserta perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Terengganu, satu Majlis Makan Malam Pengurusan KETENGAH Bersama 42 peserta telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.


YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang terlibat sejak latihan kawad bermula pada 7 Julai 2025. Beliau menekankan kepentingan menampilkan imej KETENGAH dengan cemerlang melalui pertandingan perarakan dan perbarisan ini.


Beliau turut menyampaikan penghargaan khas kepada dua kakitangan yang akan bersara, Encik Mukhtar bin Muhammad dan Encik Mohammad Shamsuddin bin Mohd Zaidi, atas dedikasi dan sumbangan mereka sepanjang berkhidmat bersama-sama organisasi ini.


Marilah kita menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-68.

Malaysia Madani : Rakyat Disantuni

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.