Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Lawatan Tapak Pelaksanaan dan Pemantauan Projek Pembangunan Bil. 17/2026

15 Jun 2026
Lawatan Tapak Pelaksanaan dan Pemantauan Projek Pembangunan Bil. 17/2026

PENGKALAN GAWI, HULU TERENGGANU — KETENGAH meneruskan pemantauan berkala terhadap pembinaan Taman Mini Awam di Gawi Point, Tasik Kenyir bagi memastikan projek itu kekal pada landasan yang ditetapkan dari segi skop, kualiti, kos dan tempoh pelaksanaan menjelang penyiapan penuh pada September 2026.


Pemantauan tersebut dilaksanakan menerusi Lawatan Tapak Pelaksanaan dan Pemantauan Projek Pembangunan Bil. 17/2026 yang berlangsung hari ini, diketuai Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Tuan Haji Mohd Radzi bin Md. Noor.


Lawatan sebegini merupakan salah satu mekanisme pemantauan KETENGAH bagi memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan mengikut perancangan dan piawaian yang ditetapkan.


Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KETENGAH memperkukuh infrastruktur pelancongan di Tasik Kenyir. Setelah siap kelak, kawasan berkenaan dijangka berfungsi sebagai ruang rekreasi dan persinggahan yang lebih kondusif kepada pengunjung, sekali gus menjadi mercu tarikan baharu yang menyerlahkan keindahan kawasan serta memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan Tasik Kenyir.


Projek yang bermula pada Mac 2025 itu dijadualkan siap sepenuhnya pada September 2026.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
251
Bulan Ini
17,186
Jumlah
3,962,066

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.