Pertandingan Bowling Muhibbah antara KETENGAH dan Bank Rakyat Cawangan Kuala Berang

26 September 2026 (Sabtu) - Berlangsung Pertandingan Bowling Muhibbah antara KETENGAH dan Bank Rakyat Cawangan Kuala Berang dengan suasana yang meriah dan penuh semangat di WT titans Bowl, Kompleks Sukan Wakaf Tapai, Marang,Terengganu. Perlawanan ini telah dirasmikan dengan balingan permulaan oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad (Timbalan Pengurus Besar Operasi) KETENGAH dan juga Encik Mohd Tarmizi bin Mohd Nor (Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kuala Berang).
Semangat kesukanan dan silaturahim antara KETENGAH dan Bank Rakyat Cawangan Kuala Berang terus diperkukuh menerusi penganjuran Pertandingan Bowling Muhibbah ini. Program perlawanan persahabatan ini dianjurkan sebagai medan untuk mengerat hubungan kerjasama strategik yang sedia terjalin di samping membudayakan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga kerja kedua-dua organisasi. Suasana di pusat bowling bertukar gamat dengan sorakan dan kehangatan persaingan mesra daripada para peserta.
Walaupun masing-masing menampilkan balingan padu demi meraih mata tertinggi, semangat kesukanan dan keakraban tetap menjadi keutamaan sepanjang perlawanan. Pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengasah bakat dalam sukan bowling, malah turut memberikan ruang buat para pegawai dan kakitangan beramah mesra, bertukar fikiran serta memperkukuh jaringan jaringan ukhwah luar pejabat. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menyemarakkan lagi semangat kerjasama dan keharmonian antara warga KETENGAH dan Bank Rakyat Cawangan Kuala Berang.





