Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KURSUS KESELAMATAN DAN PENGENDALIAN TALI BAGI OPERASI PEMANGKASAN POKOK DI PERBANDARAN KETENGAH

24 September 2026
KURSUS KESELAMATAN DAN PENGENDALIAN TALI BAGI OPERASI PEMANGKASAN POKOK DI PERBANDARAN KETENGAH

Dungun, 24 September 2026- KETENGAH terus memperkukuh aspek keselamatan dan kecekapan warga kerja menerusi penganjuran Kursus Keselamatan dan Pengendalian Tali bagi Operasi Pemangkasan Pokok di Perbandaran KETENGAH yang berlangsung pada 23 hingga 24 September 2026. Penyertaan ini melibatkan seramai 20 orang kakitangan daripada Perbandaran KETENGAH termasuk Tasik Kenyir.


Kursus ini dianjurkan oleh KETENGAH dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Cawangan Bandar Al Muktafi Billah Shah, sebagai usaha meningkatkan pengetahuan serta kemahiran teknikal kakitangan dalam melaksanakan kerja-kerja pemangkasan pokok secara selamat dan sistematik.


Tumpuan diberikan kepada panduan teknikal serta pemahaman asas berkaitan keselamatan dan pengendalian tali, khususnya bagi kegunaan operasi pemangkasan pokok di kawasan Perbandaran KETENGAH bagi membantu meningkatkan tahap kecekapan serta mengurangkan risiko keselamatan semasa menjalankan tugasan di lapangan.


Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan, KETENGAH dan turut dihadiri oleh Encik Mohd Hafizi bin Yusoff, Pemangku Ketua Balai Bomba Cawangan Bandar Al Muktafi Billah Shah.


Penganjuran kursus ini turut mencerminkan komitmen berterusan KETENGAH dalam memperkasa kompetensi kakitangan serta membudayakan amalan kerja yang mengutamakan keselamatan, khususnya bagi tugasan yang melibatkan kerja-kerja di kawasan berisiko.


Kerjasama strategik bersama JBPM ini diharap dapat terus diperkukuh bagi memastikan warga kerja KETENGAH sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran keselamatan yang sewajarnya dalam melaksanakan tanggungjawab demi memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
231
Bulan Ini
17,166
Jumlah
3,962,046

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.