Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM MENGETEH, PENYERAHAN TRELER KAYAK DAN LAWATAN PROJEK TANAMAN NANAS DI BAWAH PROGRAM PROSPEK

22 September 2026
PROGRAM MENGETEH, PENYERAHAN TRELER KAYAK DAN LAWATAN PROJEK TANAMAN NANAS DI BAWAH PROGRAM PROSPEK

KEMAMAN, 22 September 2026 – KETENGAH terus memperkukuh hubungan strategik bersama pemegang taruh dan komuniti setempat menerusi Program Mengeteh yang menjadi platform interaksi secara santai antara pihak pengurusan KETENGAH dengan pemimpin masyarakat dan komuniti setempat.


Program tersebut memberi ruang kepada pihak pengurusan KETENGAH untuk bertukar pandangan, mendengar cadangan serta mendapatkan maklum balas berkaitan perkembangan aktiviti dan projek yang dilaksanakan di kawasan berkenaan.


YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, bersama-sama YBrs. Dr. Mohd. Zaki bin Salleh, Penyelaras JPKKP DUN Air Putih, turut meluangkan masa beramah mesra serta mendengar pandangan dan cadangan yang disampaikan oleh pimpinan masyarakat setempat.


Dalam program yang sama, Pengurus Besar KETENGAH turut menyerahkan treler kayak sebagai salah satu bentuk sokongan terhadap usaha memperkukuh aktiviti rekreasi dan pelancongan berasaskan sumber semula jadi di wilayah KETENGAH.


Kemudahan tersebut dijangka dapat membantu melancarkan urusan pengangkutan dan pengendalian peralatan kayak, sekali gus menyokong pelaksanaan aktiviti rekreasi air yang berpotensi menarik penyertaan masyarakat dan pengunjung.


Rombongan turut berkesempatan mengadakan lawatan ke Projek Tanaman Nanas di Kampung Teladas, yang merupakan salah satu projek di bawah Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK).


PROSPEK merupakan antara inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama KETENGAH dalam memperkasa komuniti melalui pembangunan aktiviti ekonomi yang berpotensi, khususnya dalam bidang keusahawanan dan pertanian. Pelaksanaan projek berkenaan diharap dapat membuka peluang ekonomi baharu kepada masyarakat, meningkatkan produktiviti serta membantu melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing di wilayah KETENGAH.


KETENGAH akan terus memperkukuh kerjasama dan pendekatan kolaboratif bersama-sama komuniti, agensi berkaitan serta pemegang taruh bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberikan impak yang optimum terhadap pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat di wilayah KETENGAH.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
231
Bulan Ini
17,166
Jumlah
3,962,046

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.