Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Sesi Dialog Belanjawan KKDW 2025

7 September 2024
Sesi Dialog Belanjawan KKDW 2025

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐ƒ๐ข๐š๐ฅ๐จ๐  ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ B๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ข๐ก๐š๐ค ๐๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐š๐ข๐ง ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข di Dewan Auditorium Kolej Ketengah.


YABM KKDW telah mempengerusikan Sesi Dialog Belanjawan KKDW 2025 yang mengumpulkan lebih daripada 1,000 orang wakil daripada pelbagai pihak berkepentingan dan pemain industri.


Di KETENGAH, berlangsung sesi yang sama bertempat di Dewan Auditorium, Kolej Ketengah Sdn. Bhd. dan mengumpulkan 76 pihak berkepentingan dan pemain industri yang terdiri NGOโ€™s, usahawan luar bandar, penggiat pelancongan luar bandar, JPKK, ahli akademik, serta penyewa dan pembeli premis di Wilayah KETENGAH.


Sesi yang dijalankan secara fizikal dan secara dalam talian ini telah menunjukkan bahawa kerajaan terus bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dalam melibatkan semua pihak dengan lebih mudah serta efisien.


Sepanjang sesi dialog ini berlangsung, YABM KKDW telah mendengar dan meneliti setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan dan segala input yang diterima akan diserahkan kepada Pasukan Belanjawan MOF untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada Oktober nanti.


Semoga usaha ini membuahkan hasil dalam memastikan Belanjawan 2025 yang lebih inklusif dan dapat memenuhi keperluan sebenar rakyat di seluruh negara khusunya warga desa yang kita santuni.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
247
Bulan Ini
17,182
Jumlah
3,962,062

Kemaskini: 30 September 2026

    ยฉ 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.