Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH Terima Kunjung Hormat ECERDC

8 September 2025
KETENGAH Terima Kunjung Hormat ECERDC

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang diketuai oleh Pengurus Besar, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa bersama-sama pihak pengurusan telah menerima kunjung hormat daripada rombongan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).


Rombongan ECERDC tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dato’ Baidzawi bin Che Mat bersama-sama beberapa pegawai kanan.


Kunjung hormat ini diadakan bagi membincangkan cadangan program strategik yang boleh dilaksanakan secara kerjasama antara Pihak Berkuasa Koridor (PBK) dengan KETENGAH, khususnya dalam memperkukuh pembangunan wilayah serta menjana peluang ekonomi setempat.


Selain perbincangan, pihak ECERDC turut dibawa melawat ke Zon Industri Akuakultur (ZIA) di Sungai Como yang berada di bawah seliaan Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Terengganu, serta meninjau tapak Kenderaan Rekreasi (RV) di Pengkalan Utama, Tasik Kenyir.


Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan strategik antara KETENGAH dengan ECERDC dalam merangka inisiatif pembangunan yang mampan untuk manfaat masyarakat setempat.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.