Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Co-Working Space AMBS Hab Interaktif Setempat

7 September 2025
Co-Working Space AMBS Hab Interaktif Setempat

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menerima kunjungan daripada Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diketuai oleh Puan Noraina binti Masduki@Abdul Hanan, Setiausaha Bahagian. Ketibaan rombongan telah disambut oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) bersama-sama Encik Hazroll Eizwal bin Jasni, Pengurus Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi KETENGAH.


Tujuan utama lawatan ini adalah bagi membincangkan cadangan pembangunan dan hala tuju Co-Working Space yang terletak di Pusat Komuniti Desa Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, Terengganu.


Co-Working Space yang dirancang ini bakal menjadi hab interaktif setempat untuk golongan belia, usahawan serta komuniti sekitar bagi mengakses teknologi, membina jaringan kerjasama dan mengembangkan peluang perniagaan. Ia juga berperanan menyokong aktiviti ekonomi digital, keusahawanan, pembelajaran dan pengukuhan jaringan sosial masyarakat.


Lawatan ini sebagai langkah penting dalam memastikan pembangunan fasiliti komuniti dapat dilaksanakan secara lebih mampan, inklusif dan memberi impak tinggi kepada masyarakat setemp

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.