Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Program Bicara Aspirasi Integriti KETENGAH (BAIK) Siri 2 Tahun 2026

16 Mac 2026
Program Bicara Aspirasi Integriti KETENGAH (BAIK) Siri 2 Tahun 2026

Program Bicara Aspirasi Integriti KETENGAH (BAIK) Siri II Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tingkat 3, Ibu Pejabat KETENGAH, menampilkan pengisian utama berupa taklimat pengurusan kewangan bertajuk *“Bijak Urus Wang, Tenang Masa Depan”*. Sesi ini disampaikan oleh Puan Amila Norjihah binti Musa dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Kuala Terengganu.


Program berkenaan berjaya menghimpunkan seramai 350 pegawai dan kakitangan KETENGAH, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi warga kerja terhadap pemerkasaan ilmu kewangan dan integriti. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Hasri bin Omar, Pengurus Kanan (Korporat).


Menariknya, turut diadakan Klinik Kewangan Semakan CCRIS di Bilik Konsultansi yang memberi peluang kepada peserta mendapatkan khidmat nasihat secara langsung serta menyemak rekod kredit masing-masing.


Penganjuran program ini diharapkan dapat menyemai kesedaran berterusan dalam kalangan warga kerja mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah, di samping memperkukuh budaya integriti dalam organisasi.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.