Program Santuni Anak-anak Yatim/ Yatim Piatu Wilayah KETENGAH Siri-4 Sempena Ramadan Al Mubarak Tahun 2025M/1446H telah dilaksanakan dengan penglibatan seramai 122 orang anak-anak. Ini merupakan siri terakhir pelaksanaan program tahun 2025.
Anak-anak telah diraikan dengan pembelian pakaian raya di Jakel Kuantan serta penyampaian sumbangan duit raya melalui peruntukan sumbangan Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB) dalam Majlis Berbuka Puasa di Holiday Villa Cherating, Pahang. Program diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH bersama-bersama Pengurusan KETENGAH dan Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB).
Pada tahun ini, seramai 823 orang anak-anak yatim dan yatim piatu telah diraikan dengan penglibatan 17 sekolah menengah kebangsaan, 45 sekolah rendah kebangsaan dan 7 institusi madrasah dan tahfiz Al Quran dalam wilayah KETENGAH.
Semoga sumbangan yang diterima ini dapat memberi kegembiraan untuk menyambut hari raya kepada anak-anak yang diraikan. Semoga semua pihak yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan pelaksanaan Program Santuni Anak-anak Yatim/ Yatim Piatu Wilayah KETENGAH Sempena Ramadan Al Mubarak Tahun 2025M/1446H dilimpahi keberkatan dan dapat meneruskan kerjasama sebegini pada masa hadapan.



















