Program Desa Lestari (PDL) yang diperkenalkan bermula 2013 di bawah program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) merupakan antara inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan penyediaan geran kepada koperasi komuniti yang terpilih. Koperasi Setiajaya Pulau Redang Kuala Terengganu Berhad yang beroperasi di Kampung Pulau Redang, Terengganu telah berjaya terpilih menerima geran berjumlah RM500,000.00 di bawah Projek Perkhidmatan Pelancongan pada tahun 2021.
Sehubungan itu, KETENGAH telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi Projek Perkhidmatan Pelancongan dengan perolehan 2 unit bot pelancong bernilai RM237,079.55 untuk digunapakai oleh koperasi ini. Terdahulu, pihak koperasi telah menerima 2 unit van penumpang dan telah memulakan operasi pada Mei 2024.
Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki dan disaksikan oleh YBrs. Tuan Haji Bazlan bin Abd Rahman, Pengerusi Ketengah Niaga & Tours Sdn. Bhd. Turut hadir ialah wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM), pegawai KETENGAH dan ahli-ahli Koperasi Setiajaya Pulau Redang Kuala Terengganu Berhad.
KKDW terus komited meningkatkan pengupayaan komuniti dengan merancang dan menjayakan pelaksanaan projek pembangunan ekonomi di kawasan kampung. KKDW berharap melalui program seumpama ini pihak koperasi komuniti akan terus berkembang maju dan menjadi penggerak kepada pembangunan ekonomi di luar bandar