Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

LAWATAN YAM TENGKU SRI TEMENGGUNG RAJA TERENGGANU KE TASIK KENYIR

10 Jun 2025
LAWATAN YAM TENGKU SRI TEMENGGUNG RAJA TERENGGANU KE TASIK KENYIR

Yang Amat Mulia Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu, Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mengadakan lawatan ke Tasik Kenyir bersama delegasi dari Syarikat TBM Eco Holdings. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh serta merangka strategi awal bagi cadangan pelaksanaan Projek Zon Industri Akuakultur (ZIA) yang dirancang melalui usaha sama strategik bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM).


Lawatan ini telah diiringi oleh Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), dan disertai oleh Rektor UiTM Cawangan Terengganu, Ts. Dr. Ermeey bin Abd. Kadir; Ketua Pegawai Eksekutif TBM Eco Holdings Sdn. Bhd., YBhg. Dato’ Mohamed Farid; Timbalan Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Puan Hasniah binti Othman; serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan daripada agensi/syarikat yang terlibat.


Sepanjang lawatan, YAM Tengku Sri Temenggung telah dibawa melawat ke Santuari Kelah Sungai Petang, Tasik Kenyir. Rombongan turut berkunjung ke Taman Herba bagi menikmati keunikan serta khasiat pelbagai jenis minuman herba tempatan.


Projek Zon Industri Akuakultur (ZIA) ini dijangka mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor akuakultur negeri, khususnya di kawasan Tasik Kenyir yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi serta kepelbagaian biodiversiti air tawar. Ikan kelah sebagai spesies bernilai tinggi dilihat berpotensi besar untuk diperkembangkan secara komersial melalui inisiatif ini.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
361
Bulan Ini
17,296
Jumlah
3,962,176

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.