Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PENYERTAAN AKRAB KETENGAH DALAM PROGRAM JEJAK SAHSIAH AKRAB TAHUN 2025

10 November 2025
PENYERTAAN AKRAB KETENGAH DALAM PROGRAM JEJAK SAHSIAH AKRAB TAHUN 2025

Warga AKRAB KETENGAH telah turut serta dalam Program Jejak Sahsiah AKRAB Tahun 2025 yang dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan kerjasama AKRAB Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).


Seramai 10 orang wakil AKRAB KETENGAH telah menyertai program ini yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan membina semangat kerjasama dalam kalangan ahli AKRAB KKDW serta agensi-agensi di bawahnya. Pelbagai aktiviti berkonsepkan sahsiah, sukan dan riadah telah dilaksanakan bagi memperkukuh nilai integriti, semangat berpasukan serta perkongsian pengalaman antara peserta.


Program ini turut memberi tumpuan kepada usaha mengumpulkan ahli AKRAB KKDW dan agensi dalam satu aktiviti bertemakan sukan dan riadah bagi membina hubungan erat antara ahli AKRAB. Ia juga berperanan membina semangat kerjasama serta sifat saling membantu dalam kalangan ahli keluarga besar AKRAB KKDW.


Selain itu, program ini membuka ruang kepada ahli AKRAB untuk berinteraksi serta berkongsi pandangan dan pengalaman bagi memperkukuh hubungan profesional antara agensi. Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini berjaya mewujudkan persefahaman dan semangat berpasukan yang lebih kukuh dalam kalangan ahli AKRAB untuk merancang serta melaksanakan aktiviti yang lebih berkesan pada masa hadapan.


Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan AKRAB KETENGAH terhadap pembangunan sahsiah, kesejahteraan mental dan semangat kekitaan dalam kalangan warga kerja. Ia juga menjadi platform terbaik untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara AKRAB agensi di bawah KKDW ke arah mempertingkat kecemerlangan perkhidmatan awam.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.