Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

LAWATAN TAPAK PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN BIL. 18/2025

5 November 2025
LAWATAN TAPAK PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN BIL. 18/2025

Satu lawatan tapak bagi pelaksanaan dan pemantauan projek-projek Pembangunan KETENGAH telah diadakan pada 5 November 2025. Lawatan ini yang bermula seawal jam 9.00 pagi telah diketuai oleh Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) bersama beberapa orang pegawai yang turut terlibat bagi melihat perkembangan terkini pelaksanaaan projek di sekitar daerah Dungun.


Lawatan ini bertujuan untuk menilai kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang sedang dijalankan melibatkan pelbagai komponen seperti kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan awam, menaiktaraf premis keusahawanan serta kemudahan pelancongan.


Antara projek yang dilawati termasuk kerja-kerja pembaikan tebing dan jambatan Sungai Ceralak di Kampung Shukor, Menaiktaraf Premis IKS ke arah pensijlan MeSTI, Pembangunan Projek Pertanian di Bandar Al Muktafi Billah Shah serta projek pembinaan dan penambahbaikan kemudahan Awam di Bandar Bukit Besi dan kawasan sekitarnya.


Lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan, Bahagian Pemantauan dan Kawal Selia Anak Syarikata, Bahagian Perkhidmatan Teknik, Bahagian Pelancongan serta wakil kontraktor yang terlibat.


Program pemantauan ini diadakan secara berterusan bagi memastikan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan menepati jadual perancangan, mematuhi spesifikasi teknikal, dan memberi impak positif kepada kesejahteraan masyarakat setempat.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.