Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

TikTok & Facebook Challenge Meriahkan Festival Kenyir Geopark 2025

1 November 2025
TikTok & Facebook Challenge Meriahkan Festival Kenyir Geopark 2025

Acara TikTok & Facebook Challenge menjadi antara pertandingan yang mencuri perhatian sepanjang Festival Kenyir Geopark 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula 30 Oktober hingga 1 November 2025 di Pulau Poh, Tasik Kenyir.


Pertandingan ini dianjurkan bagi menggalakkan pengunjung berkongsi pengalaman serta mempromosikan suasana meriah festival melalui platform media sosial masing-masing. Setiap peserta hanya perlu membuat hantaran mengenai Festival Kenyir Geopark 2025 di akaun TikTok atau Facebook dengan menggunakan tanda pagar rasmi #FKG2025 dan #TTFBFKG2025, serta menandakan akaun rasmi media sosial KETENGAH.


Pemenang pertandingan dinilai berdasarkan jumlah ‘Like’ dan ‘Share’ tertinggi bagi setiap kategori. Para pemenang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500 bagi tempat pertama, RM300 bagi tempat kedua, dan RM200 bagi tempat ketiga.


Bagi kategori TikTok, tempat pertama dimenangi oleh Achik Liana dengan jumlah Like dan Share sebanyak 742, diikuti oleh Rohaizalrok di tempat kedua dan Mat imi_@ di tempat ketiga.


Sementara itu, bagi kategori Facebook, kemenangan tempat pertama diraih oleh Aziyani Harun dengan jumlah Like dan Share sebanyak 180, manakala Fahmi Asraf dan Rohaizal Tukimin masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menjayakan pertandingan ini serta membantu memeriahkan lagi suasana Festival Kenyir Geopark 2025.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.