Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KETENGAH KALI KEDUA TAHUN 2024

1 Julai 2024
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KETENGAH KALI KEDUA TAHUN 2024

Perhimpunan Bulanan merupakan salah satu platform untuk menghimpunkan warga kerja pada setiap bulan. Tujuan diadakan perhimpunan bulanan adalah untuk mendengar ucapan, pemakluman dan informasi daripada pihak pengurusan tertinggi berhubung hasrat dan harapan serta perancangan hala tuju KETENGAH. 


Melalui pertemuan sebegini juga, semua warga KETENGAH dapat saling berjumpa, berinteraksi, bermuafakat, menghargai dan menghormati di antara satu sama lain termasuk yang bekerja di syarikat anak.


Majlis ini dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Perkhidmatan Awam dan lagu KETENGAH Bersama Membangun. Majlis diteruskan dengan bacaan doa, bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam dan tayangan video aktiviti sepanjang bulan Februari hingga Jun 2024.


Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, berpesan agar semua dapat bekerja dengan lebih gigih supaya prestasi perbelanjaan KETENGAH dapat ditingkatkan dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.


Beliau juga berharap agar semua pegawai dan kakitangan melaksanakan perkhidmatan dengan lebih cemerlang dan berintegriti dalam menjalankan amanah yang ditetapkan demi membantu masyarakat wilayah KETENGAH yang tercinta ini.


Pada majlis tersebut turut disampaikan hadiah kecemerlangan SPM tahun 2023 dan penyampaian hadiah kecemerlangan MAKSPEN 2023

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.