Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Ujian Kecergasan Fizikal serta Penilaian Karakter dan Kompetensi Individu

23 November 2025
Ujian Kecergasan Fizikal serta Penilaian Karakter dan Kompetensi Individu

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), agensi di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), telah melaksanakan Sesi Ujian Kecergasan Fizikal serta Penilaian Karakter dan Kompetensi Individu bagi pengisian jawatan kosong KETENGAH Tahun 2025.


Program penilaian ini berlangsung pada **23 November 2025 (Ahad)** bertempat di **Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu**.


Pelaksanaan sesi ini memberi ruang kepada pihak KETENGAH untuk menilai calon secara menyeluruh merangkumi tahap kecergasan fizikal, pembawakan diri, sikap, keupayaan berfikir serta kompetensi yang diperlukan untuk menyandang jawatan di organisasi pembangunan wilayah ini.


Penilaian fizikal dijalankan bagi memastikan calon mempunyai tahap daya tahan dan kecergasan yang sesuai dengan tuntutan tugas. Manakala penilaian karakter dan kompetensi pula melibatkan elemen komunikasi, disiplin, etika kerja, kebolehan menyelesaikan masalah serta kesediaan bekerja dalam pasukan. Keseluruhan proses ini dirangka sebagai mekanisme saringan bagi memastikan hanya calon yang benar-benar berkualiti, berintegriti dan sepadan dengan keperluan operasi dipertimbangkan ke peringkat seterusnya.


KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua calon yang hadir dan mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan sepanjang sesi berlangsung. Komitmen, kesungguhan dan kesediaan calon melalui proses penilaian ini amat dihargai dan mencerminkan minat serta kesungguhan mereka untuk berkhidmat dalam organisasi.


Pelaksanaan penilaian ini menandakan komitmen berterusan KETENGAH dalam memastikan sumber manusia yang diambil bukan sahaja berkelayakan, malah mampu menyumbang kepada agenda pembangunan wilayah serta pengukuhan perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.