Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH Tonjol Tarikan Pelancongan Wilayah di Temasya Budaya Terengganu 2026

6 Jun 2026
KETENGAH Tonjol Tarikan Pelancongan Wilayah di Temasya Budaya Terengganu 2026

DATARAN SHAHBANDAR, KUALA TERENGGANU — KETENGAH membuka ruang pameran bagi memperkenalkan produk dan tarikan pelancongan wilayahnya kepada orang ramai sepanjang Temasya Budaya Terengganu 2026 yang berlangsung dari 5 hingga 7 Jun di sini.


Majlis perasmian temasya disempurnakan oleh YB Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, manakala KETENGAH diwakili Pengurus Pelancongannya, En. Mohd Hafiz bin Ahmad. Pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan Tarian Ulek Mayang yang diberi sentuhan inovasi serta pelbagai persembahan kebudayaan yang menonjolkan kekayaan seni dan warisan negeri Terengganu.


Di reruai KETENGAH, pengunjung memperoleh maklumat destinasi pelancongan di wilayah KETENGAH menerusi kaunter maklumat yang disediakan, sama ada untuk percutian keluarga mahupun program korporat. Pelbagai produk usahawan bimbingan KETENGAH turut dipamerkan dan dijual sebagai usaha memperkasakan ekonomi komuniti setempat.


Selain itu, pengunjung berpeluang menikmati air herba tradisional secara percuma, menyaksikan tayangan video promosi pelancongan yang menampilkan keindahan destinasi di wilayah KETENGAH, serta menyertai kuiz pelancongan yang menawarkan pelbagai hadiah.


KETENGAH sentiasa komited memartabatkan warisan budaya dan memperkukuh pembangunan industri pelancongan komuniti sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat.


Penyertaan dalam Temasya Budaya Terengganu 2026 menjadi sebahagian daripada usaha berterusan KETENGAH memperkenalkan tarikan pelancongan wilayahnya kepada khalayak yang lebih luas, di samping membuka peluang pasaran kepada usahawan bimbingannya.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.