logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

ONDE-ONDE TERBANYAK (MALAYSIA BOOK OF RECORDS)

PUSPANITA KETENGAH telah menyertai Program Penyediaan Onde-Onde Terbanyak sempena Ramfest, anjuran PUSPANITA Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama agensi cawangan kecil PUSPANITA. 

Program ini berlangsung pada 19 Mac 2025 bertempat di Dewan Utama, Blok D, Ibu Pejabat KETENGAH dan berjaya mencipta sejarah dengan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR).

Menariknya, program ini diadakan serentak secara langsung di sepuluh agensi PUSPANITA KKDW di seluruh negara, menandakan satu usaha besar dalam mencipta rekod baharu. Secara keseluruhan, sebanyak 38,200 biji onde-onde telah berjaya dihasilkan dan KETENGAH menyumbang sebanyak 2,830 biji. Kuih onde-onde turut diagihkan kepada kakitangan KETENGAH.

Penyediaan kuih tradisional ini melibatkan 40 Ahli Jawatankuasa (AJK) PUSPANITA KETENGAH dan ahli yang berganding bahu dalam menjayakan program ini.
Penyertaan KETENGAH dalam program ini dapat mengeratkan semangat kerjasama dalam kalangan ahli PUSPANITA.