Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH RAIH ANUGERAH KHAS EMAS DI PERSIDANGAN NASIONAL REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB) 2026

28 Oktober 2026
KETENGAH RAIH ANUGERAH KHAS EMAS DI PERSIDANGAN NASIONAL REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB) 2026

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) terus membuktikan komitmennya dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam apabila berjaya meraih Anugerah Khas Emas sempena Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026 yang berlangsung pada 28 hingga 29 Oktober 2026.


Kejayaan tersebut diraih menerusi projek bertajuk “Mempercepatkan Proses Permohonan dan Pemilihan Peserta Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) daripada 90 Hari kepada 7 Hari”. Penyertaan KETENGAH dalam persidangan ini diwakili oleh Encik Hazroll Eizwal bin Jasni, Pengurus Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Encik Jafre bin Taib, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial; serta Puan Normaizatul Nabihah binti Zakari, Penolong Pengurus (Pengukuhan Ekonomi).


Persidangan anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) ini menghimpunkan sebanyak 159 inisiatif RKB daripada 28 kementerian dan 14 kerajaan negeri sebagai platform mengetengahkan usaha penambahbaikan proses kerja serta pengurangan kerenah birokrasi dalam sektor awam. Sebanyak tujuh (7) penyertaan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta agensi di bawahnya telah mengambil bahagian dalam persidangan ini, antaranya Lembaga Kemajuan Kedah (KEDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).


Majlis penutup persidangan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), mewakili Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz. Turut hadir mewakili Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ialah YBhg. Dato’ Abdul Kahar bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KKDW, bagi menyaksikan pengiktirafan terhadap inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026.


Pengiktirafan Anugerah Khas Emas ini menjadi pencapaian bermakna buat KETENGAH dalam usaha memperkemas prosedur kerja serta memastikan perkhidmatan yang disampaikan lebih cekap, responsif dan berorientasikan keperluan rakyat. KETENGAH akan terus komited melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan secara berterusan selaras dengan aspirasi kerajaan ke arah perkhidmatan awam yang lebih produktif, berkesan dan berimpak tinggi.

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
1,142
Bulan Ini
16,329
Jumlah
3,998,326

Kemaskini: 1 November 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.