Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM KENYIR BERMUNAJAT SEMPENA FESTIVAL KENYIR GEOPARK 2025

30 Oktober 2025
PROGRAM KENYIR BERMUNAJAT SEMPENA FESTIVAL KENYIR GEOPARK 2025

Program Kenyir Bermunajat telah berlangsung dengan penuh keinsafan dan keberkatan sempena pembukaan rasmi Festival Kenyir Geopark 2025. Program tersebut diadakan di Pentas Utama Festival Kenyir Geopark, Pulau Poh, Tasik Kenyir, bermula pada jam 8.30 malam.


Program Kenyir Bermunajat dikendalikan dengan kerjasama Pusat Pengajian Al-Quran Rahman Tumpat, Kemasik, Terengganu, Majlis Iswatun Hasanah, serta World Sufi Centre.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ayat-ayat suci Al-Quran, diikuti dengan alunan qasidah, Ratib Al-Attas, Asma’ul Husna dan selawat beramai-ramai, yang mewujudkan suasana penuh ketenangan dan penghayatan rohani dalam kalangan hadirin.


Program ini berjaya menghimpunkan lebih seribu orang peserta, terdiri daripada pelajar-pelajar tahfiz dan madrasah, wakil pusat-pusat pengajian Islam, serta penduduk komuniti setempat.


Turut hadir memeriahkan majlis ialah YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH bersama barisan pengurusan, pegawai dan kakitangan KETENGAH.


Kehadiran mereka menyerikan lagi suasana majlis yang penuh makna ini.


Penganjuran program sebegini diharap dapat memperkukuh ukhuwwah Islamiah, memupuk semangat kebersamaan dan meningkatkan penghayatan nilai-nilai kerohanian dalam kalangan masyarakat setempat.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.