Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Perasmian Seminar IDEA@KKDW Kesedaran Keselamatan ICT

13 November 2024
Majlis Perasmian Seminar IDEA@KKDW Kesedaran Keselamatan ICT

Majlis Perasmian Seminar IDEA@KKDW Kesedaran Keselamatan ICT hari ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Dato’ Afandi Bin Nordin.


Seminar ini diadakan untuk membekalkan pengetahuan tentang ancaman siber dan amalan terbaik dalam keselamatan ICT, yang semakin penting dalam dunia digital yang pesat berkembang.

Seminar ini juga mencerminkan komitmen tinggi dalam meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber.


Pelbagai topik penting dikongsi termasuk jenis ancaman siber, pencegahan berkesan, dan cara melindungi diri daripada jenayah siber seperti penipuan dalam talian, ransomware, dan pencurian identiti.


Kes jenayah siber di Malaysia menunjukkan peningkatan yang membimbangkan dengan lebih daripada 5,900 kes pada 2023 dan hampir 5,200 kes pada 2024.


KKDW juga komited dalam mendigitalisasikan pembangunan luar bandar melalui Pelan Strategik Pendigitalan KKDW 2021-2025.


Dengan pensijilan ISO/IEC 27001:2023, KKDW terus memastikan keselamatan ICT di setiap lapisan organisasi dan memupuk kesedaran dalam menghadapi cabaran teknologi masa depan.


KETENGAH turut serta menyertai seminar ini sebagai pempamer dengan menampilkan teknologi Virtual Reality (VR) kawasan pelancongan menarik di Tasik Kenyir.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
230
Bulan Ini
17,165
Jumlah
3,962,045

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.