Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Hari Pembersihan Sedunia

27 September 2025
Hari Pembersihan Sedunia

World Cleanup Day atau Hari Pembersihan Sedunia merupakan satu program global yang disambut serentak oleh 180 negara pada bulan September setiap tahun. Sambutan ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar serta menggalakkan kerjasama antara komuniti dalam mengatasi masalah pencemaran.


Di Malaysia telah dimaklumkan Hari Cuci Malaysia (HCM) akan diadakan pada hari ini iaitu 27hb September 2025 secara serentak di seluruh negeri. KETENGAH turut mengadakan sambutan diseluruh perbandaran yang disertai oleh pegawai dan kakitangan. YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH turut sama menyertai program ini.


Kegiatan ini bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran sampah, malah dapat menyemai sikap prihatin terhadap alam sekitar dalam kalangan masyarakat. Dengan semangat kerjasama dan kesedaran bersama, kita mampu mewariskan dunia yang lebih bersih dan hijau untuk generasi akan datang.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.