Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

BENGKEL PELAN PENGAKTIFAN ASET KETENGAH DAN ANAK SYARIKAT 2026-2030

22 Ogos 2026
BENGKEL PELAN PENGAKTIFAN ASET KETENGAH DAN ANAK SYARIKAT 2026-2030

Port Dickson, 20-22 Ogos 2026 | Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bersama Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd telah menganjurkan Bengkel Pelan Pengaktifan Aset KETENGAH dan Anak Syarikat Tahun 2026-2030 yang telah berjaya dan berjalan dengan lancar selama 3 hari 2 malam bertempat di Ancasa Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini diadakan sebagai platform strategik untuk memetakan inventori aset serta merangka Pelan Pengaktifan Aset KETENGAH yang lebih optimum, mampan dan berimpak tinggi demi memperkukuh kelestarian kewangan organisasi.


Pada hari pertama bengkel, ucaptama telah disampaikan oleh YM Dato' Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Seterusnya, peserta telah diberikan taklimat Pelan Pengaktifan Aset dan garis panduan bengkel oleh Dr. Emisham bin Embong sebelum peserta dipecahkan kepada enam kumpulan mengikut teras untuk sesi perbincangan kumpulan.


YM Dato' Pengurus Besar dalam ucapan penutup meminta semua peserta untuk memberi fokus kepada tindakan dan pelaksanaan Pelan Pengaktifan Aset secara berkesan. Usaha pengaktifan aset bukan sahaja penting dalam mengukuhkan kewangan organisasi KETENGAH, malah bakal memberikan impak positif kepada taraf sosioekonomi masyarakat setempat serta menyumbang kepada pembangunan negara.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
284
Bulan Ini
17,219
Jumlah
3,962,099

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.