Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH MANTAPKAN PENGGUNAAN SISPER 3.0

9 September 2026
KETENGAH MANTAPKAN PENGGUNAAN SISPER 3.0

Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi KETENGAH telah menganjurkan sesi Refresh Course Sistem Perumahan KETENGAH (SISPER) 3.0 bertempat di Dewan Utama Tingkat 3, Ibu Pejabat KETENGAH.


Latihan selama dua hari yang bermula pada 8 September ini dianjurkan khas buat pengguna dan pentadbir sistem. Ia bertujuan memberi pendedahan khusus kepada pegawai serta kakitangan baharu berkenaan keupayaan SISPER 3.0 sebagai platform utama pengurusan pembayaran rumah dan premis perniagaan.


Sesi ini turut memberi penekanan mendalam terhadap kaedah pengiraan serta penjanaan laporan yang tepat melalui sistem berkenaan.


Program ini telah disertai seramai 32 orang pegawai dan kakitangan yang mewakili empat bahagian utama iaitu Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan, Bahagian Kewangan dan Perakaunan, Bahagian Ekonomi dan Usahawan serta Bahagian Zon Bebas.


Penganjuran kursus ini merupakan langkah berterusan KETENGAH bagi memastikan warga kerjanya sentiasa kekal relevan dengan arus pemodenan teknologi, seterusnya memaksimumkan kecekapan sistem demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada orang awam.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
230
Bulan Ini
17,165
Jumlah
3,962,045

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.