Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH Hargai Warga Kerja Melalui Program Agihan Sumbangan

18 Mac 2026
KETENGAH Hargai Warga Kerja Melalui Program Agihan Sumbangan

Pada Isnin, 17 Mac 2026, bertempat di Ibu Pejabat KETENGAH Al Muktafi Billah Shah, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah melaksanakan Program Agihan Goodies kepada petugas pembersihan sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memastikan persekitaran kerja sentiasa bersih, selesa dan kondusif.


Program ini telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Inisiatif berkenaan mencerminkan keprihatinan pihak pengurusan terhadap kebajikan petugas sokongan yang memainkan peranan penting dalam menyokong kelancaran operasi organisasi.


Sumbangan yang disampaikan diharapkan dapat menyuntik semangat serta meningkatkan motivasi petugas pembersihan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik. Dalam masa yang sama, program ini turut memperkukuh nilai hormat-menghormati, kebersamaan serta semangat kekeluargaan dalam kalangan warga KETENGAH.


Pihak pengurusan komited untuk terus melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada seluruh warga kerja, selaras dengan usaha mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, sejahtera dan berdaya maju.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.