Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Program Do It Money (DIM) Wilayah KETENGAH

22 Januari 2025
Program Do It Money (DIM) Wilayah KETENGAH

Seramai 60 orang peserta Program Do It Money (DIM) Wilayah KETENGAH telah menghadiri kursus lanjutan selama 3 hari 2 malam di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Kursus lanjutan tersebut merupakan susulan daripada seminar yang telah dilaksanakan sebelum ini melibatkan peserta tahun 2023 dan peserta tahun 2024.


Kursus lanjutan yang dilaksanakan telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kursus Pemasaran _Online_ dan _Offline_ seramai 30 orang dan Kursus _Tiktok_ seramai 30 orang. Para peserta telah diberikan pendedahan secara teori dan amali mengenai ruang lingkup dan amalan perniagaan berdasarkan trend semasa dengan bimbingan Institut Keusahawan Negara (INSKEN) sepanjang kursus berlangsung.


Penyempurnaan kursus telah dilengkapkan dengan ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh YBrs. Encik Hasri bin Omar, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia mewakili YM Dato’ Pengurus Besar KETENGAH. Turut hadir YBrs. Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial, KETENGAH serta Puan Norasiah binti Harun, Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan Latihan INSKEN.


Didoakan pendedahan kursus yang diberikan melimpahkan manfaat kepada semua peserta dan Masyarakat dalam Wilayah KETENGAH.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
231
Bulan Ini
17,166
Jumlah
3,962,046

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.