Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan KETENGAH

26 November 2024
Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan KETENGAH

Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 telah selesai diaudit oleh Firma Audit Swasta yang diberi kuasa oleh Ketua Audit Negara berdasarkan subseksyen 7(3) Akta Audit 1957 [Akta 62], iaitu Tetuan Adib Azhar & Co.


Susulan itu, Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan telah diadakan oleh pihak Jabatan Audit Negara yang dipengerusikan oleh Pengarah Audit Kewangan II, Tuan Haji Azunan bin Daud. Hadir sama, pasukan Audit Negara Negeri Terengganu yang diketuai oleh Encik Mohd Faidzal bin Abu, Pengarah Audit Negeri Terengganu serta Firma Audit Swasta (FAS), Tetuan Adib Azhar & Co.


KETENGAH diwakili oleh Encik Zainuddin bin Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Abdul Halim bin Yusof, Pengurus Kewangan dan Perakaunan serta pegawai-pegawai dari Bahagian Kewangan dan Perakaunan, Bahagian Perkhidmatan Teknik dan Unit Audit Dalam.


Setelah meneliti maklum balas pihak KETENGAH ke atas Laporan Pemerhatian Audit yang telah diterima dan perbincangan semasa mesyuarat ini, Jabatan Audit Negara memutuskan Sijil Ketua Audit Negara Tanpa Teguran EOM diberikan terhadap Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.


Tahniah kepada KETENGAH & semua pegawai yang terlibat.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.