Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Selamat Bersara Encik Rosli bin Hamzah

24 Februari 2026
Selamat Bersara Encik Rosli bin Hamzah

33 Tahun Berbakti, Selamanya Dihargai


Adalah dimaklumkan bahawa 23 Februari 2026 (Isnin) merupakan hari bekerja terakhir buat Encik Rosli bin Hamzah, Pembantu Penguatkuasa Gred KP3, Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan (Bandar AMBS), yang akan bersara wajib berkuat kuasa 24 Februari 2026, setelah menabur khidmat selama 33 Tahun 4 Bulan 23 Hari.


Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Encik Rosli bin Hamzah telah menunjukkan komitmen yang tinggi, disiplin yang cemerlang serta semangat kerja berpasukan yang amat dihargai.


Pihak Pengurusan dan seluruh warga KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama organisasi ini.


Semoga Encik Rosli bin Hamzah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta beroleh kebahagiaan bersama keluarga tercinta. Selamat menikmati alam persaraan dengan penuh ketenangan dan kesyukuran.


Pucuk pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan;

Walau jauh beribu batu,

Jasa dikenang sepanjang zaman.


Pergi ke pekan membeli rotan,

Singgah sebentar di tepi taman;

Segala jasa menjadi ingatan,

Budi dikenang sepanjang zaman.


Burung merbah terbang ke hulu,

Hinggap sebentar di dahan sena;

Walau bersara meninggalkan tugas dahulu,

Budi dan bakti tetap bermakna.


Selamat bersara

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
361
Bulan Ini
17,296
Jumlah
3,962,176

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.