Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KURSUS PENYELENGGARAN POKOK AMENITI KEPADA KAKITANGAN KETENGAH

29 Oktober 2024
KURSUS PENYELENGGARAN POKOK AMENITI KEPADA KAKITANGAN KETENGAH

Penyelenggaraan pokok-pokok ameniti dalam kawasan perbandaran merupakan tugas rutin yang perlu dilaksanakan bagi memastikan keceriaan kawasan dan persekitaran yang kondusif. Oleh itu, KETENGAH telah mengambil inisiatif dengan mengadakan satu Kursus Penyelenggaraan Pokok Ameniti Kepada Kakitangan KETENGAH selama tiga hari iaitu pada 27-29 Oktober 2024 bertempat di Bilik Tayangan, Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar AMBS.


Antara objektif utama KETENGAH mengadakan kursus kepada 20 orang pegawai dan kakitangan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan KETENGAH yang terlibat kepada asas fisiologi dan pokok yang berisiko tinggi, memperkasakan kakitangan KETENGAH dengan ilmu pengetahuan yang lebih luas dan berkemahiran dalam pengurusan risiko serta memaksimakan langkah keselamatan. Selain itu, dapat memberi ruang dan peluang kepada kakitangan yang berkaitan untuk mempelajari teknik-teknik penjagaan dan penyelenggaraan.


Kursus ini telah dikendali oleh C.A Rosslan bin Yaacob, Pengarah Urusan Eclipse Green Sdn.Bhd. dan majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Hasri bin Omar, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.