Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Pusat Islam Bandar Ketengah Jaya Siap Dibina, Diserahkan Secara Rasmi

18 Ogos 2025
Pusat Islam Bandar Ketengah Jaya Siap Dibina, Diserahkan Secara Rasmi

Projek Pembinaan Pusat Islam Bandar Ketengah Jaya di Mukim Rasau, Dungun, Terengganu telah siap sepenuhnya dan diserahkan secara rasmi dalam satu majlis ringkas di tapak projek semalam.


Majlis menandatangani dokumen penyerahan telah diadakan di antara Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Kahar bin Abdul Latif, Pengarah Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Terengganu, Tuan Ir. Ts. Izham bin Ashab @ Izhab, Jurutera Awam Kanan JKR KETENGAH merangkap Wakil Pegawai Penguasa Utama dan Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH disaksikan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH dan Tuan Ir. Onni Dzasman bin Nasruddin, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan AM 1, JKR Malaysia.


Pembinaan Pusat Islam Bandar Ketengah Jaya bukan sahaja menjadi mercu tanda baharu di Bandar Ketengah Jaya, malah bakal berfungsi sebagai sebuah pusat bimbingan rohani kepada masyarakat setempat. Kemudahan ini dirancang sebagai medan pengembangan ilmu melalui kelas Al-Quran, kuliah agama serta pelbagai program pendidikan Islam.


Selain itu, pusat ini turut berperanan sebagai pusat aktiviti masyarakat, menjadi lokasi pelbagai majlis ilmu, sambutan hari kebesaran Islam, serta program kebajikan yang menyatukan komuniti.


Pembinaan pusat ini melambangkan usaha berterusan kerajaan dan agensi dalam memperkukuh pembangunan sosial dan rohani, di samping menyokong kesejahteraan serta perpaduan masyarakat.

Hadir sama dalam majlis berkenaan Pengurus-Pengurus Bahagian KETENGAH, JKR KETENGAH, Pegawai ICU, wakil jabatan dan agensi serta pihak kontraktor projek.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.