Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Program Memasak Bubur Asyura

22 Julai 2024
Program Memasak Bubur Asyura

KETENGAH telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura yang melibatkan seramai 80 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH termasuk Unit JKR KETENGAH. Sebanyak 8 kawah bubur asyura telah berjaya dimasak secara gotong-royong bertempat di perkarangan Ibu Pejabat KETENGAH.


Aktiviti ini dijalankan pada setiap tahun sempena kedatangan bulan Muharam. Ianya dilihat dapat meningkatkan lagi jalinan ukhuwah dikalangan kakitangan KETENGAH dan JKR KETENGAH serta memupuk sifat bekerjasama.


Hadir sama mengikuti program ini Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa dan pengurusan kanan KETENGAH. YM Dato’ turut merasai keenakan bubur asyura dan memuji semangat kerja secara berpasukan sepanjang program berlangsung.


Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.