logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT BERSAMA KOMUNITI WILAYAH KETENGAH SIRI-5 TAHUN 2025

⁠Program Bacaan Yasin dan Doa Selamat Bersama Komuniti Wilayah KETENGAH siri ke-5 telah diadakan dengan jayanya di Masjid Kampung Pasir Gajah, Kemaman.

⁠Pelaksanaan program dimulakan selepas Solat Maghrib berjemaah dengan Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh pengajar serta pelajar-pelajar tahfiz dari Jamiah Raudhah Al Ilm, Kampung Ibok Kemaman dan Madrasah Tahfiz Al Faaiz Pasir Semut, Kemaman.

YBrs. Ustaz Alias Bin Omar, Pengetua Jamiah Raudhah Al Ilm telah memberi Tausiyyah atau “Pesanan Diri “ berkaitan nilai dan adab dalam kehidupan individu muslim.

Turut bersama-sama menyerikan lagi program ini barisan pengurusan, pegawai dan kakitangan KETENGAH yang diharap dapat mengeratkan lagi hubungan bersama komuniti dalam wilayah.

Program berakhir dengan Solat Isyak dan Solat Hajat berjemaah bertujuan memohon keselamatan dan kesejahteraan.

⁠Semoga program ini dapat dilaksanakan pada bulan-bulan seterusnya sepanjang tahun 2025 dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.