Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Penghargaan Kepimpinan dan Legasi Perkhidmatan yang Telah Memacu Kejayaan KETENGAH

27 Februari 2026
Penghargaan Kepimpinan dan Legasi Perkhidmatan yang Telah Memacu Kejayaan KETENGAH

26 Februari 2026 (Khamis)- Adalah dimaklumkan bahawa 26 Februari 2026 merupakan hari bekerja terakhir buat Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), yang akan bersara wajib berkuat kuasa pada 1 Mac 2026 setelah berkhidmat selama 30 Tahun 11 Bulan 18 Hari bersama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).


Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Encik Zainuddin telah memperlihatkan komitmen, ketegasan dan kepimpinan yang berwibawa dalam menerajui agenda pembangunan organisasi. Sumbangan beliau bukan sahaja memberi impak kepada pelaksanaan projek dan inisiatif strategik KETENGAH, malah turut membentuk budaya kerja yang berintegriti, profesional dan berorientasikan hasil dalam kalangan warga kerja.


Sebagai seorang pemimpin, beliau sentiasa bersikap terbuka dalam memberi tunjuk ajar, berkongsi pengalaman serta membimbing pegawai dan kakitangan ke arah kecemerlangan perkhidmatan. Nilai dedikasi, disiplin dan semangat kerja berpasukan yang diterapkan akan terus menjadi legasi serta inspirasi kepada seluruh warga KETENGAH.


Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, sumbangan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang beliau berkhidmat.


Budi ditabur penuh keikhlasan,

Khidmat dicurah tanpa jemu,

Jasamu dikenang sepanjang zaman,

Terpahat indah dalam kalbu.


Semoga Encik Zainuddin terus dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang serta berjaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi. Selamat menempuh alam persaraan dengan penuh ketenangan, keberkatan dan penghormatan atas segala jasa yang telah ditinggalkan.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.