Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PASUKAN E-SPORT MOBILE LEGENDS KETENGAH TAMATKAN CABARAN DI PERINGKAT SUKU AKHIR TEMASYA SUKAN MAKSPEN XV

25 Oktober 2025
PASUKAN E-SPORT MOBILE LEGENDS KETENGAH TAMATKAN CABARAN DI PERINGKAT SUKU AKHIR TEMASYA SUKAN MAKSPEN XV

Pasukan E-Sport Mobile Legends KETENGAH menamatkan cabaran mereka di Temasya Sukan MAKSPEN XV selepas tewas kepada pasukan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan keputusan 2-0 pada peringkat suku akhir.


Acara E-Sport Mobile Legends merupakan acara sukan terakhir yang dipertandingkan dalam Temasya Sukan MAKSPEN XV bagi edisi tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Lestari, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Putrajaya.


Walaupun perjuangan pasukan terhenti di peringkat suku akhir, seluruh pasukan telah menunjukkan komitmen tinggi, disiplin yang mantap serta semangat juang yang tidak pernah luntur. Keupayaan mereka mara ke peringkat tersebut membuktikan kesungguhan dan potensi atlet KETENGAH dalam arena sukan elektronik.


KETENGAH BOLEH!

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.