SESI LIBAT URUS PEJABAT KKDW NEGERI TERENGGANU BERSAMA KETENGAH

DUNGUN, 1 September 2026 – Satu Sesi Libat Urus Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri Terengganu bersama-sama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah diadakan bertempat di Bilik Persidangan, Ibu Pejabat KETENGAH, hari ini.
Sesi yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Radzi bin Md Noor, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) ini turut dihadiri oleh Ts. Dr. Mohamad Hazrol bin Md Damiri, Penolong Pengarah Pejabat KKDW Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai daripada KETENGAH.
Sesi libat urus ini bertujuan untuk memberikan gambaran menyeluruh kepada pihak KKDW berhubung status pelaksanaan projek-projek pembangunan KETENGAH bagi tahun 2026, di samping membincangkan perkembangan semasa, isu dan kekangan yang dihadapi serta perkara-perkara yang memerlukan penyelarasan dan tindakan susulan.
Sesi ini turut menjadi platform bagi memperkukuh kerjasama dan penyelarasan antara pihak KKDW Negeri Terengganu dan KETENGAH, khususnya dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta memberi manfaat dan impak yang optimum kepada masyarakat dan pembangunan wilayah KETENGAH.





