Pada 12 hingga 13 Jun 2024 , telah berlangsung kursus dan lawatan bermaklumat KETENGAH ke Institut Teknologi Unggas (ITU), Masjid Tanah, Melaka dan lawatan bermaklumat ke Ladang Ternakan Unggas ITU.
Lawatan tersebut diketuai oleh Penolong Pengurus (Ekonomi dan Ternak) daripada Bahagian Ekonomi dan Usahawan, Encik Latiff bin Muhamad beserta 3 orang Pegawai dan Kakitangan KETENGAH. Selain itu, 12 orang usahawan ternakan unggas dalam Wilayah KETENGAH turut sama mengikuti kursus dan lawatan bermaklumat ini.
Objektif lawatan tersebut adalah bertujuan bagi menimba ilmu dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang ternakan unggas khususnya dalam aspek penjagaan, kawalan penyakit dan pengurusan ternakan unggas. Lawatan ke ladang ternakan unggas juga diadakan untuk memberikan pendedahan dan pembelajaran ilmu pelaksanaan projek ternakan unggas yang dikendalikan oleh ITU untuk diadaptasikan dengan projek ternakan unggas di KETENGAH.
Turut hadir sama adalah Kakitangan Instisusi Teknologi Unggas (ITU) iaitu, Pengarah Institut Teknologi Unggas (ITU), Dr Abdul Wafi bin Shaari, beserta Encik Abdul Basir bin Abdul Samat dan Puan Fauziah binti Ahmad.