Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM ZIARAH KASIH DAN PENYERAHAN SUMBANGAN KERUSI RODA

2 September 2026
PROGRAM ZIARAH KASIH DAN PENYERAHAN SUMBANGAN KERUSI RODA

KETENGAH telah melaksanakan Program Ziarah Kasih dan Penyerahan Sumbangan Kerusi Roda kepada seorang penduduk di FELDA Jerangau Barat.


Program ini melibatkan kunjungan ziarah kepada Encik Mat Zin bin Mat Ayub yang sedang menjalani proses pemulihan selepas menjalani pembedahan amputasi kaki. Dalam usaha membantu memudahkan urusan harian dan pergerakan beliau, KETENGAH Holdings telah menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda.


Turut hadir dalam program tersebut ialah YBhg. Dato’ Rozi bin Mamat, Pengerusi KETENGAH, serta Encik Jafre bin Taib, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial. Program ini turut mendapat sokongan dan penglibatan daripada Pengerusi JPKKP, Timbalan Penyelaras DUN Ajil serta barisan kepimpinan belia FELDA.


Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan KETENGAH dalam menyantuni masyarakat serta membantu golongan yang memerlukan. Usaha sebegini juga selaras dengan aspirasi KETENGAH untuk memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat dan mengeratkan hubungan bersama komuniti di wilayah KETENGAH.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
247
Bulan Ini
17,182
Jumlah
3,962,062

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.