Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

MEMPERKASA PENGHAYATAN AL-QURAN MELALUI PROGRAM TADABBUR AL-QURAN@KETENGAH

2 Julai 2026
MEMPERKASA PENGHAYATAN AL-QURAN MELALUI PROGRAM TADABBUR AL-QURAN@KETENGAH

2 Julai 2026 | Khamis - Program Tadabbur Al-Quran@KETENGAH telah diadakan bertempat di Surau Ibu Pejabat KETENGAH. Program yang dipimpin oleh YBhg. Ustaz Mohd Nubairi bin Mat Nor ini memberi ruang kepada warga KETENGAH untuk mendalami ayat-ayat suci Al-Quran melalui pendekatan tadabbur yang menekankan kefahaman, penghayatan dan pengamalan dalam kehidupan seharian.


Melalui sesi ini, para peserta bukan sahaja berpeluang memahami maksud dan hikmah di sebalik ayat-ayat Al-Quran, malah turut diingatkan bahawa Al-Quran merupakan panduan utama dalam membentuk sahsiah, memperkukuhkan nilai integriti serta menyemai budaya kerja yang berteraskan nilai-nilai Islam.


Firman Allah SWT:


“Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan supaya mereka mentadabburkan ayat-ayatnya dan supaya orang yang mempunyai akal mengambil pelajaran.” (Surah Sad: 29)


Semoga program seumpama ini terus menjadi platform yang menyuburkan kecintaan terhadap Al-Quran, seterusnya melahirkan warga kerja yang bukan sahaja cemerlang dalam melaksanakan amanah, malah sentiasa menjadikan kalam Allah SWT sebagai pedoman dalam setiap aspek kehidupan.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.