Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Sambutan Hari Keluarga Kelab Keluarga KETENGAH Tahun 2024

2 Jun 2024
Sambutan Hari Keluarga Kelab Keluarga KETENGAH Tahun 2024

Sambutan Hari Keluarga Kelab Keluarga KETENGAH Tahun 2024 disambut meriah dengan kehadiran seramai 1500 orang keluarga. Hari Keluarga Kelab Keluarga KETENGAH yang berlangsung di Holiday Villa Resort&Spa Cherating Pahang dengan tema ala ‘Hawaii’ ditepi pantai selama 2 hari 1 malam.


Program ini bertepatan dengan cuti sekolah membolehkan mereka memanfaatkan kesempatan untuk berehat dan meluangkan masa bersama-sama, jauh dari kesibukan dan tugasan seharian. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk bergembira dan mengurangkan tekanan yang dialami bersama keluarga tercinta.


Hari Keluarga KETENGAH telah diadakan sebanyak 8 kali, dan yang pertama telah diadakan pada tahun 1997 iaitu pada 30 Oktober bertempat di Pusat Pupuk Semangat, Telok Pucong, Kemaman. Kali terakhir diadakan pada 24 Februari 2018 di De Rhu Beach Resort, Balok, Pahang.


Objektif utama hari keluarga ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga KETENGAH dan menjadikan satu penghubung di antara KETENGAH dengan keluarga besar KETENGAH


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi KETENGAH, YBhg Dato’ Seri (Dr) Haji Ahmad bin Said. Pengerusi KETENGAH berkata “Saya amat terharu dan terkejut pada malam ini dengan kehadiran 1500 orang yang datang. Jesteru, saya percaya bahawa dengan pertemuan pada malam ini saya minta agar sama-sama memberi sokongan dan dokongan kepada suami atau isteri supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada KETENGAH agar muncul sebagai salah satu agensi yang terbaik”.


Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa semasa ucapannya berkata “Anggota yang berada di bawah seliaan saya ini tidak akan berjaya dengan cemerlang melaksanakan tugas mereka tanpa kerjasama daripada anda semua iaitu dari isteri mahupun suami dan anak anak. Saya amat-amat berterima kasih kepada semua yang telah menyokong KETENGAH selama ini”.


Pada hari ke 2, pelbagai aktiviti sukaneka melibatkan 9 acara antaranya ialah pertandingan melukis dan mewarna, batu seremban, putting golf, shooting goal, bola tampar pantai, sambut kasih dan merebut gula-gula. Hadiah-hadiah yang menarik dan cabutan bertuah turut disediakan.


Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) merangkap Presiden Kelab Keluarga KETENGAH (Kelab 3K) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang sama-sama menjayakan hari keluarga pada kali ini.


Semoga Hari Keluarga ini dapat mencapai objektifnya. Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Tadbir Kelab Keluarga KETENGAH yang dapat menganjurkan hari keluarga ini dengan kerjasama NGO iaitu PUSPANITA KETENGAH, AKRAB dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ).

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
361
Bulan Ini
17,296
Jumlah
3,962,176

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.