Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KETENGAH TAHUN 2026

10 Oktober 2026
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KETENGAH TAHUN 2026

DUNGUN, 10 Oktober 2026 – KETENGAH telah menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat KETENGAH Tahun 2026 bertempat di pekarangan Muzium Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Program ini melibatkan penyertaan warga kerja KETENGAH dalam aktiviti brisk walk sejauh 5.2 kilometer. Program dimulakan dengan tayangan montaj pelancaran yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH.


Turut hadir ialah YBhg. Datin Rosnida binti Musa@Mahmud, Pengerusi PUSPANITA KKDW; YBhg. To’ Puan Anizal binti Yusoff, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH; barisan pengurusan KETENGAH serta Timbalan Pengerusi PUSPANITA KETENGAH.


Aktiviti brisk walk sejauh 5.2 kilometer ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga kerja. Selain meningkatkan kecergasan fizikal, aktiviti ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta memperkukuh hubungan sesama warga kerja KETENGAH. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen KETENGAH dalam menyokong usaha membudayakan gaya hidup sihat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi.


Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan, di samping melahirkan warga kerja yang sihat, cergas dan produktif. Program ini diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
240
Bulan Ini
29,414
Jumlah
3,974,294

Kemaskini: 12 Oktober 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.