Sempena menyambut ketibaan Bulan Ramadan Al Mubarak 2025M/1446H KETENGAH dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan Jawatankuasa Masjid di tiga lokasi kampung iaitu Kampung Baru Sungai Binjai, Hulu Terengganu, Kampung Delong, Dungun dan Kampung Dadong, Kemaman telah menjayakan pelaksanaan Program Gotong Royong Masjid dan Tanah Perkuburan.
Program yang dilaksanakan selama dua hari bermula pada 27 dan 28 Februari 2025 (Khamis dan Jumaat) bersamaan 28 dan 29 Syaaban 1446H ini bertujuan memupuk semangat permuafakatan dan muhibbah dalam komuniti penduduk di samping dapat menyemarakkan lagi suasana menyambut ketibaan Ramadan Al Mubarak.
Program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan dengan komuniti penduduk melalui penglibatan bersama pengurusan, pegawai dan kakitangan KETENGAH.
Semoga Ramadan pada tahun ini membawa pelbagai keberkatan dan kerahmatan di bumi Malaysia khususnya dalam wilayah KETENGAH. Salam Ramadan Al Mubarak 1446H