Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Perasmian Thalatha Tis’a @ KETENGAH

25 Jun 2025
Majlis Perasmian Thalatha Tis’a @ KETENGAH

Program Cilik Tahfiz atau dijenamakan dengan Program Thalatha Tis’a iaitu pengenalan Al- Quran kepada kanak-kanak seawal usia 3 hingga 9 tahun telah diperkenalkan melalui kerjasama KEMAS, KETENGAH dan Yayasan Pendidikan dan Kebajikan Daerah Dungun.


Program tersebut diwujudkan untuk membentuk golongan tahfiz muda yang menghafal 30 juzuk Al – Quran melalui Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) KEMAS. Permulaan di daerah Dungun telah dilaksanakan di TASKA KEMAS, Taman Setia, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun yang merupakan TASKA yang berada di Wilayah KETENGAH.


Perasmian program tersebut telah dilaksanakan pada 25 Jun 2025 dengan penyempurnaan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Rozi bin Mamat, Pengerusi Komuniti KEMAS Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Ketengah Jaya Sdn. Bhd. Turut hadir Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Din bin Adam, Pengerusi Komuniti KEMAS Parlimen Dungun, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh, Penaung Program Thalatha Tis’a, Yang Berusaha Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) mewakili YM Dato’ Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) dan Pengarah KEMAS Negeri Terengganu, Yang Berusaha Dr. Faridah binti Mat.


Program tersebut turut dipantau oleh panel yang dilantik iaitu Ustazah Maya Novita dan beberapa fasilitator dari Pusat Raudhatul Quran, Malang, Indonesia.


Didoakan pelaksanaan program ini dapat melahirkan para huffaz yang bakal menerajui masa depan negara dengan pimpinan dalam kalangan hamba-Nya yang bertakwa.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
284
Bulan Ini
17,219
Jumlah
3,962,099

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.